Sk2gombak's Blog

sk 2 gombak, gombak 2, sk gombak 2

SK (2) Gombak Julai 22, 2009

Picture1

Alamat : SK (2) Gombak, Km 8, Jalan Gombak.

No Tel : 03-61890175

MOTTO

ILMU:    Ilmu menjadi rujukan mutlak untuk mencapai kesejahteraan di dunia  dan di akhirat.

AMAL:  Mengamalkan ilmu yang ada untuk memantapkan diri serta memberikan sumbangan terhadap    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

IMAN: Iman yang teguh menjadi perisai diri untuk menentukan nilai-nilai murni dan akhlak mulia tidak tercemar serta sentiasa meletakkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

MISI

  • Meningkatkan suasana persekitaran sekolah yang selamat dan selesa untuk menjalankan aktiviti pendidikan yang lebih berkesan
  • Menggalakkan pembaharuan dalam amalan pendidikan dan pengurusan selaras dengan matlamat negara .

VISI

Sekolah Kebangsaan (2) Gombak akan menjadi sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan mempunyai sekolah yang bersahsiah terpuji menjelang 2011.

WAWASAN SEKOLAH

  • Semua murid celik huruf
  • Pengurusan sekolah diuruskan mengikut MS ISO 9002
  • Menjadikan sekolah sebagai gedung ilmu kepada komuniti setempat
  • Setiap murid dapat menguasai 3M dengan baik
  • Melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah terpuji
  • Melahirkan murid yang berdisiplin
  • Melahirkan murid yang bertakwa
  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi INTELEK, JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN SOSIAL
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
  • Urus tadbir yg baik
  • Staf berintegriti
  • Persekitaran sek yg konduksif
  • Murid bersahsiah terpuji
  • Murid celik huruf dan celik komputer
  • Sekolah gedung ilmu dan bermaklumat
  • Sekolah cemerlang keseluruhan

PIAGAM  SEKOLAH

Kami warga Sekolah Kebangsaan (2) Gombak dengan penuh iltizam akan terus berusaha untuk melaksanakan Pengisian Wawasan Pendidikan ke arah kecemerlangan.

  • KURIKULUM

Mewujudkan budaya ilmu dan cuba mencapai 100% lulus dalam peperiksaan di samping meningkatkan kualiti cemerlang

  • DISIPLIN

Melahirkan insan yang sempurna, berwibawa, seimbang, berkualiti, berketerampilan dan berintegriti serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara

  • KOKURIKULUM

Mencungkil bakat dan mengimbangkan bakat murid dalam bidang sukan, permainan, persatuan dan badan beruniform, di samping memupuk bakat kepimpinan dalam kalangan murid-murid

  • HUBUNGAN MASYARAKAT

Menjalinkan hubungan kasih sayang dan semangat kerjasama antara murid, ibu bapa, guru dan masyarakat ke arah membentuk sekolah sebagai institusi masyarakat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Blog ini dikendali oleh Guru ICT Cikgu Mahathir Fansuri bin Azizan dan Cikgu Anuar Hamidi bin Ismail.  Email : Sk2gombak@yahoo.com

 

18 Responses to “SK (2) Gombak”

  1. zma Says:

    good work! pls update gmbar trkini n semak ejaan utk dibetulkn cth. iman bkn aman k.. pls ada krjasama dgn guru data pelapis cik wan ana tqvm..

    sila buat prubahan .. under wawasan sek – * urus tadbir yg baik
    * staf berintegriti
    * persekitaran sek yg kondusif
    * murid bersahsiah terpuji
    * murid celik huruf dan celik komputer
    * sekolah gedung ilmu dan bermaklumat
    * sekolah cemerlang keseluruhan
    under Piagam sek: Disiplin – melahirkan insan yg seimbang, brkualiti, brketrmpiln dan brintegriti serta yg mmpunyai …. tqvm

  2. Wan Norhana Says:

    Salam..

    Mahathir, Anuar and others..

    Nanti mahathir/anuar boleh la announce kat blog nie about Hari Anugerah Ko-Kurikulum yang akan sekolah adakan pada 8.8.09 (Sabtu).. Kasi promo sket for those pupils who will come on that day, pihak anggota J/Kuasa nak bagi cenderahati. AJK mengalu-alukan kedatangan murid Tahun 3-6.

    Thanks =)

  3. lolipop Says:

    napew bru wat website skang….
    napew x wat dri lu lg…?

  4. ersya Says:

    masew ari kanival jemut dafi jewk kew………………..???????????
    x ckup duit???????????????????????????????

  5. sk2gombak Says:

    laman web baru je buat sebab cikgu madir baru je belajar buat blog.
    karnival ade jemput saujana, dafi, sweet girl and aisyah.
    memang sekolah perlukan dana untuk pembangunan sekolah dan kebajikan murid … sebab tu buat hari karnival.

  6. =) Says:

    ersya,

    kalau awak rasa kami pihak sekolah patut undang ramai lg artis atau personaliti popular utk tarikan karnival, awak bolehlah sumbangkan dana utk tabung PIBG sekolah… sumbangan anda amat dialu-alukan…

    terima kasih

  7. salidza md ridza Says:

    Assalamualaikum . Diharap blog ini akan turut senantiasa memberi maklumat tentang program, perancangan dan laporan pencapaian kurikulum dan ko kurikulum sekolah contohnya analisa peratus pencapaian peperiksaan akhir tahun tahun 1- tahun 6 (UPSR), jadual kelas tambahan dan sebagainya.

    Wassalam.

  8. zma Says:

    xda masalah utk yg positif ttp mklumat yg hendak dipaparkan harus mendapat kbenaran GB trlebih dahulu.. k tqvm 4 the support.

    o ye en mahathir, pls update moto sk2g – usaha, doa, tawakal dan reda (redha) k, keep up the good work!

  9. zma Says:

    hmm… xdpt update lg ke blog kita ni.. mahathir needs help from other teachers… siapa la agaknya yg nk volunteer tu?

  10. zma Says:

    good n tqvm en mahathir.. u’ve updated our school’s blog..
    – yet our motto masih yg lama… check comment no 7 kat atas sy dah tulis motto yg baru k~tq
    – wawasan sek bnyk sngat.. ada yg redundent… boleh edit lg kot~tq

  11. aham Says:

    knp xde cite ttg PIBG sklh ..??

  12. aham Says:

    nk jgk tau ttg PIBG sklh ..

  13. zma Says:

    Alhmdulillah… jk pibg sk2g 2010 brtmbah matang n proaktif… Biro juga amat brfungsi~

    NYDP dgn restu YDP brjaya mnggerakkan alimni sk2g secara gabungan xda year by year lg… mudh2an berkat… Bersatu Teguh Bercerai Roboh~

    Hrpn kpd warga guru… berikanlah komitmen yg lebih tinggi kpd tugasan kita mndidik anak md agar benar2 berkat kerjaya kita sbagai guru zaman global ini~

    “Guru Prihatin Ibu Bapa Menyumbang Murid Cemerlang”

  14. skkotaaur Says:

    tahniah bang det..hang dah update blog sk2g…..nantikan kedatangan blog sk kota aur…khas utk tatapan bang det dan seluruh warga sk2gombak…….

  15. Mat Rahim Says:

    Tuan,

    Saya adalah bekas murid sekolah SK2 Gombak, sebagai bekas murid sekolah saya mengikuti perkembangan sekolah terutama sekali pencapaian UPSR setiap tahun. Prestasi sekolah boleh dikatakan dapat di ukur melalui bilangan pelajar mendapat 5A dalam keputusan ini. Pada tahun 2009 seramai 3 orang sahaja mendapat 5A, tidak sampai 10% berbanding keseluruhan murid menduduki UPSR. Sedangkan masa zaman saya dulu tidak seteruk pencapaian 2009. Sedangkan guru – guru yang lama saya difahamkan masih berada disekolah ini. Adakah prestasi guru lama ini telah merosot menyebabkan pencapaian sedimikian berlaku. Pada pendapat saya memang tepatlah isu guru dibebani tugas pentadbiran menyebabkan guru tiada fokus kepada murid – murid yang menyebabkan penurunan prestasi murid – murid. Saya ingin mencadangkan supaya Kem. Pelajaran membuat kajian terhadap andaian saya mengenai pencapaian SK2 gombak untuk mendapat kebenaran mengenai guru SK2 gombak di bebani oleh tugas pentadbiran.

    sekian, terima kasih.

  16. Razmir Says:

    aslkm….ni bukan nak komen cuma nak tanya cik halimaton ada lagi tk sebab dulu saya bekas pelajar beliau..sape bleh bagi tau…

  17. Razmir Says:

    aslkm…. bukan nk komen cuma nk tanya cikgu halimatun ada lagi tak?????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s